Monday, 28 February 2011

TAJUK:TOKOH MUALLAF
Disediakan untuk:Ustaz Abd Aziz Bin Harjin
Pensyarah CTU 551
Disediakn oleh:Rabiatun Adawiyah Bt Hamzah
:2010681134
:BMB2AC
Program:Pengurusan Sumber Manusia
:BM223
Tarikh hantar:28/2/2011

ISI KANDUNGAN
Tajuk
Isi kandungan
Abstrak
Pendahuluan
Konsep
Huraian
Penutup
Rujukan

ABSTRAK
Kita tertanya-tanya apakah yang dikatakan dengan kesyumulan islam atau sempurnanya Islam mencakupi seluruh kehidupan kita? Ramai di antara kita memahami kesyumulan Islam itu dalam konteks ruang lingkup yang kecil dan sempit . Ada juga yang memahaminya dari sudut maksudnya sahaja tetapi tidak mengetahui gambaran sebenar tentang kesyumulan Islam. Rata-rata daripada masyarakat kita memahami Islam itu dalam konteks RASMI atau ibadah dan akhlak semata-mata seperti Solat, membaca doa buka dan tutup untuk sesuatu majlis, pakaian dan sebagainya. Apabila dilaksanakan mereka berasa tenteram dan berasa tenang. Ada juga yang melihat bahawa Islam sebagai akidah yang diwarisi dan tidak berkembang mengikut zaman.Namun sebagai seorang yang dilahirkan sebagai seorang islam harus bersyukur kerana diberi ruang untuk menikmati kehidupan dan mengenali apa itu islam.bagi saudara baru atau muallaf mereka antara insan yang dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengenali apa itu islam dan berpeluang menikmati kasih sayang Allah. Erti muallaf mempunyai pelbagai maksud dan banyak definisi.menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) muallaf bermaksud seseorang yang belum memeluk islam tetapi cenderung dengan islam manakala menurut Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) muallaf ialah orang yang dijinakkan hatinya supaya tertarik dengan islam.pada pandangan sekumpulan ilmuan Arab muallaf bererti tunduk,menyerah,dan pasrah.sedangkan dalam pengertian islam muallaf digunakan untuk menunjukkan seseorang yang baru memeluk agama islam.


PENDAHULUAN
Assalamualaikum w.b.t
Bersyukur ke hadrat ilahi kerana saya diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk membuat kajian tentang tokoh muallaf dan berkongsi kisah mengenai seorang muallaf yang boleh dijadikan idola oleh masyarakat islam dan menjadi ikutan masyarakat bukan islam di luar sana.Saya menemuramah seorang tokoh muallaf di kampung saya pada cuti pertengahan semester yang lepas.Kisah tentang muallaf dapat saya klasifikasikan sebagai satu topik yang sangat menarik untuk dikongsi bersama.Sejujurnya sebelum mersai sendiri pengalaman menemuramah seorang mualaf,saya beranggapan kehidupan sebagai seorang mualaf tidak mempunyai banyak halangan mahupun dugaan.Namun setelah menemuramah seorang mualaf yang saya pilih iaitu Nurul Ain barulah saya menyedari bahawa melalui kehidupan sebagai seorang mualaf memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang luar biasa.Kehidupan yang dilalui mualaf dipenuhi liku-liku yang menghalang.Namun kita perlu menyedari bahawa Allah menjanjikan balasan syurga kepada para mualaf.Mereka diibaratkan seperti bayi yang baru dilahirkan ke dunia setelah memeluk agama Allah yang syumul.Mereka masih suci seperti kain putih tanpa sebarang coletan.Kita juga perlu tahu bahawa mualaf antara golongan yang sangat bertuah kerana berjaya memperoleh hidayah Allah.Dapat kita lihat pada hari ini ramai tokoh-tokoh mualaf yang berjaya seperti Farid Ravi Abdullah dan Ridhuan Tee.Kadang-kadang kita dapat merasakan kehebatan mereka dalam pengetahuan tentang islam mengalahkan kita yang sememangnya dilahirkan ke dunia ini sebagai seorang islam. Antara skop-skop yang akan saya bincangkan mengenai muallaf ialah definisi yang pelbagai mengenai muallaf,pandangan ulama mengenai muallaf,dan perkara-perkara yang membatalkan keislaman sesorang.Sebagai seorang yang sememangnya dilahirkan sebagai seoarang muslim sejati kita sepatutnya menyokong kaum muallaf dan turut sama membimbing mereka dari aspek fizikal mahupun rohani.Kita tidak boleh memandang negatif terhadap kaum muallaf.Apa yang saya harapkan melalui penulisan saya ini semua pihak dapat membuka minda dan berfikir secara lebih luas bahawasanya dorongan dan bimbingan kepada golongan muallaf ini adalah sangat penting dan saya berharap agar syariat islam akan dapat dikembangkan lagi agar lebih banyak golongan yang digelar muallaf selepas ini.Insyaall

KONSEP
Antara skop-skop yang terdapat dalam kajian saya mengenai muallaf ialah
Definisi muallaf:dari aspek bahasa
:dari aspek istilah
:pandangan para-para ulama
:pandangan semasa
Syarat-syarat memeluk islam
Hal-hal yang membatalkan keislaman
Hak-hak muallaf
Muallaf bukanlah golongan kelas kedua atau ketiga,tetapi mereka adalah golongan istimewa yang perlu diberi perhatian.malangnya golongan ini selalu dilupakan walaupun diingatkan oleh Allah s.w.t dalam al-Quran yang bermaksud:
Sesungguhnya sedekah-sedekah(zakat)itu hanyalah untuk orang-orang fakir,dan orang-orang miskin dan amil-amil yang menguruskannya dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang memerdekakan dirinya,dan orang-orang yang berhutang,dan untuk dibelanjakan pada jalan Allah,dan orang-orang musafir(yang keputusan)dalam perjalanan.(ketetapan hokum yang demikian itu ialah)sebagai satu ketetapan (yang datangnya)dari Allah(surah At-Taubah:60)
Hak untuk mendapat pendidikan,keselamatan,dan perlindungan
Hak untuk mendapat bantuan kewangan
Hak untuk menuntut penjagaan anak
Hak untuk mendapat harta pusaka
Seseorang muallaf juga mempunyai hak untuk meninggalkan dan diberikan harta pusaka.perkara ini berdasarkan kepada surah al-Nissa’ ayat,7,11 dan 12 yang memberi garis panduan tentang waris-waris yang berhak dan juga kadar pembahagian harta.dalam ayat 7,Allah berfirman yang bermaksud:
“orang-orang lelaki ada bahagian dari peninggalan ibu bapa dan kerabat dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari peninggalan ibu bapa dan kerabat sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu;iaitu bahagian yang telah diwajibkan(dan ditentukan oleh Allah)”
Pengertian muallaf juga diertikan oleh golongan para ulama yang terkemuka.menurut Sayyid Qutb(1985)beliau telah mentafsirkan muallaf sebagai golongan manusia yang kembali kepada islam serta kekal dan beramal kepada islam.
HURAIAN
Tokoh muallaf yang saya pilih ialah Li Nee a/p Chian atau nama islamnya Nur Ain Abdullah.Beliau berasal dari kampung mahawangsa sungai siput,pendang kedah. Sekarang sedang berkhidmat sebagai jurutera awam di sebuah syarikat hartanah Taman Desa,Kuala Lumpur.Beliau merupakan penuntut kejuruteraan awam di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM).Beliau menghabiskan pengajiannya pada peringkat diploma di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan Pahang.Beliau berketurunan Siam dan menganut agama Buddha.Kedua ibu bapa Nurul Ain sangat menitikberatkan soal agama dan sering mengikuti upacara-upacara tertentu yang berkaitan keagamaan di kuil.Namun begitu ibu bapa Nurul Ain juga mementingkan soal pelajaran walaupun hidup di kampung yang agak terpencil dan jauh daripada segala kemudahan.Walaupun dilahirkan sebagai seorang yang menganut agama Buddha namun kecintaan terhadap islam mula menular dalam jiwanya.Namun perasaan itu dibiarkan bermain di jiwanya lantaran takut akan kedua ibu bapanya dan tidak mahu melukakan perasaan mereka yang menyayanginya.
FAKTOR TERTARIK DENGAN AGAMA ISLAM
Hal ini mungkin kerana Nurul Ain sering bergaul dengan masyarakat islam di kampungnya.Boleh dikatakan kehidupan sehariannya dihabiskan dengan masyarakat melayu. Daripada aspek pergaulan Nurul Ain lebih rapat bersama rakan-rakannya yang beragama islam berbanding rakan-rakan yang seagama dengannya.Namun faktor umur yang masih lingkungan belasan tahun,keinginan untuk mendalami islam dipendamnya.Perasaan takut,menyayangi keluarga dan takut kedua ibu bapanya kecewa membuatkan Nurul Ain tidak meneruskan niat untuk lebih mengenali islam.Dibesarkan dalam kelompok masyarakat islam membuatkan NurulAin terasa hidupnya lebih dekat dengan islam.Pada zaman persekolahannya Nurul Ain merasakan ketenangan di jiwanya apabila melihat keluarga masyarakat islam yang memperlihatkan sikap saling menghormati antara yang muda kepada gologan tua begitu juga sebaliknya.Rakan-rakannya yang beragama islam sering menunaikan solat apabila masuk sahaja waktu solat.Dapat dirasakannya kehidupan masyarakat islam seperti mempunyai jadual yang tersusun.Batas-batas pergaulan yang dipraktikkan oleh masyarakat islam juga turut menarik perhatiannya.Berbanding agama asalnya yang bebas untuk bergaul dengan sesiapa sahaja tidak kira jantina.Faktor menutup aurat juga menarik perhatian Nurul Ain terhadap agama islam.Kelihatan wajah mereka dipenuhi dengan “nur”. Selain itu Nurul Ain sering membaca buku-buku yang berkaitan agama islam dan kisah-kisah Rasulullah di perpustakaan sekolahnya pada waktu lapang.Hal itu juga kadang-kadang menimbulkan persoalan di benak rakan-rakannya yang beragama islam ekoran minat yang ditunjukkan oleh Nurul Ain terhadap agama islam.Namun Nurul Ain hanya mampu tersenyum dan memberitahu rakan-rakannya bahawa dia hanya sekadar membaca kerana kisah-kisah nabi sangat menarik dan boleh dijadikan panduan dalam kehidupan seharian.Melalui pembacaan Nurul Ain semakin jelas mangenali islam dan membuatkan dirinya seringkali menangis apabila membaca kisah-kisah perjuangan para nabi terdahulu.Ternyata banyak dugaan dan onak yang terpaksa dihadapi para Nabi dan Rasul demi menegakkan agama Allah.Namun dugaan tersebut dihadapi dengan penuh sabar,taqwa,dan berserah kepada Allah sepenuhnya.
CABARAN-CABARAN
Apabila menjejakkan kaki ke politeknik untuk pengajian diplomanya,Nurul Ain mula menunjukkan serius untuk memeluk islam namun tentangan yang hebat daripada ibu bapanya membuatkan Nurul Ain takut dan ibu bapanya mengugut untuk menghentikan wang bulanan kepadanya.Nurul Ain merasa sangat tertekan pada waktu itu sehinggalah dia berjaya menjejakkan kaki ke menara gading Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang kejuruteraan awam.Tahap keyakinan Nurul Ain mula bertambah dan dia bertekad untuk memeluk agama islam yang syumul.Nurul Ain menghantar e-mail kepada JAKIM namun e-mailnya tidak berbalas.Namun Nurul Ain tidak berputus asa,dia turut menghantar e-mail kepada Institut Kefahaman Islam Malaysia(IKIM).Antara kandungan e-mail tersebut ialah”bagaimana saya hendak belajar tentang islam dan saya sangat memerlukan pertolongan dari pihak tuan”.Nurul Ain menghantar e-mail tersebut pada waktu pagi dan Nurul Ain sangat terkejut kerana pada waktu petang hari yang sama e-mail Nurul Ain berbalas yang berbunyi”bolehkah kita berjumpa”.Walaupun kiriman e-mail tersebut agak ringkas namun besar penghargaan bagi Li Nee.Li Nee membalas e-mail dan member persetujuan untuk bertemu keesokkan hari.Selepas 3 bulan Li Nee memeluk agama islam di Pejabat Agama Islam Kajang Selangor pada 20 April 2004 adalah tarikh keramat beliau bergelar muslim. Ketika zaman sekolah lagi Nurul Ain idamkan sebuah keluarga yang aman damai lebih-lebih lagi melihat kedamaian dan kebahagiaaan keluarga-keluarga islam.setelah memeluk agama islam yang diimpikannya selama ini Nurul Ain terasa hidupnya semakin tenang dan dapat dirasakan sentuhan kasih sayang daripada Allah s.w.t.hampir setahun Nurul Ain merahsiakn pengislamannya daripada pengetahuan keluarganya di kampung.saat itu Nurul Ain terbayang akan kekecewaan wajah kedua orang tuanya.namun itulah pengorbanan yang terpaksa dilakukan oleh Nurul Ain untuk terus berada pada landasan yang diredhai Allah s.w.t. dan mungkin Allah mahu menguji sejauh mana kekuatan imannya barangkali.Rahsia yang disimpannya selama ini terbongkar apabila Nurul Ain terserempak dengan sepupunya ketika Nurul Ain mahu menghadiri satu kursus yang dianjurkan oleh sebuah badan bukan kerajaan(NGO)untuk membimbing mualaf sepertinya.Seperti yang diduga keluarga Nurul Ain di kampung terus menghubungi Nurul Ain untuk mendapatkan kepastian dan pengakuan daripada Nurul Ain sendiri berkaitan pengislamannya tempoh hari.Nurul Ain membohongi ibu bapanya bahawa beliau masih menganut agama asalnya.Pengakuan tersebut semestinya melegakan hati kedua ibu bapa Nurul Ain.Namun selepas beberapa hari perasaan bersalah mula menguasai dirinya kerana membohongi ibu bapanya.Setelah puas berfikir Nurul Ain mengutus surat kepada keluarga di kampung mengenai pengislamannya.Selepas beberapa hari Nurul Ain menerima kejutan apabila ibu dan bapanya datang ke tempat pengajian(UKM)tanpa diberitahu terlebih dahulu.Ayah Nurul Ain mahu ‘mengembalikannya’ kepada agama asal.Keadaan agak kecoh ketika itu,tetapi mujurlah Nurul Ain dikelilingi oleh rakan-rakannya yang banyak membantu meredakan situasi pada ketika itu.terbayang kekecewaan di wajah ibu bapanya saat itu.
Seperti biasa apabila tiba musim cuti semester Nurul Ain pulang ke kampung untuk menghabiskan cutinya.Ternyata kepulangannya di sambut dengan wajah yang muram oleh kedua ibu bapanya.Dugaan yang paling hebat dirasakan selepas pengislamannya ialah Nurul Ain dihina dan dicaci oleh masyarakat kampungnya yang beragama Buddha.Saat itu dirasakan masyarakat bukan islam terlalu member persepsi negatif terhadap agama islam.Oleh itu Nurul Ain dilayan sedemikian oleh masyarakat agama asalnya termasuk keluarganya sendiri.Hanya berbekalkan hati yang cekal dan sokongan rakan-rakan beragama islam yang mampu untuk mengatasi masalah tesebut.Lama kelamaan Nurul Ain dapat merasakan perang dingin antara ayahnya semakin menunjukkan perkembangan positif.tetapi ibunya seringkali melakukan perang psikologi ke atas dirinya.namun sebagai seorang anak perasaan menghormati ibu bapa tetap menebal walaupun berbeza agama kerana Nurul Ain sedar tanpa kedua ibu bapanya tidak mungkin Nurul Ain dapat menghirup udara segar hingga ke hari ini.Nurul Ain hanya diam apabila ibunya melakukan perang psikologi terhadapnya.di hati kecilnya hanya berdoa semoga terbuka hati ibu bapanya untuk mengikut jejak langkahnya mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.hari demi hari Nurul Ain dapat rasakan penerimaan oleh keluarganya.Mungkin Allah sudah memakbulkan doanya.Walaupun keluarganya tidak menunjukkan minat untuk memeluk agama islam namun penerimaan mereka terhadap Nurul Ain sedikit sebanyak melegakan hatinnya.Kesabarannya selama ini membuahkan hasil akhirnya walaupun terpaksa melalui dugaan yang bertimpa-timpa.Harapan Nurul Ain ialah ingin menubuhkan satu badan bukan kerajaan yang dikelola oleh beliau sendiri untuk membantu mualaf sepertinya yang menawarkan perkhidmatan seperti khidmat motivasi,bantuan kewangan,dan apa sahaja pertolongan yang diperlukan.

KESIMPULAN
Kesimpulannya hinakah muallaf?jawapannya sudah tentu tidak.apa yang saya tahu martabat muallaf sentaisa terangkat pada zaman Rasullullah SAW.Mereka adalah ahli syurga,perjuangan mereka ibarat singa di siang hari dan malamnya tidak pernah putus berkasih dengan Allah SAW.Begitulah mulianya muallaf pada zaman Nabi di sisi Allah SAW dan RasulNya.Hari ini kita adalah generasi muallaf samaada yang baru atau yang lama.Apakah ciri-ciri muallaf pada zaman Nabi ada pada muallaf pada hari ini?tepuk dada tanya iman.Menurut Nurul Ain beliau mahu menjadi seorang muallaf yang boleh dijadikan contoh dan menjadi teladan kepada yang lain.Menurut Nurul Ain juga beliau jelas berubah menjadi lebih baik setelah memeluk agama Allah ini.Saya yakin golongan muallaf akan menjadi aset kepada islam dan Allah akan memberi kita ganjaran yang sewajarnya.Muallaf juga merupakan golongan yang sangat bertuah kerana diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk mengenali Islam dan menerima petunjuk dan hidayah dariNya.Hal ini kerana telah banyak pengorbanan yang dilakukan muallaf demi kerana agama Allah S.W.T.Antaranya ialah terpaksa berhadapan dengan cacian sekeliling,tentangan daripada ibu bapa, dan sebagainya.Jelas kehidupan sebagai seorang mualaf merupakan satu dugaan atau pengalaman yang sangat memerlukan kesabaran yang tinggi.Hanya iman yang kukuh dapat mengatasi semua dugaan itu.Sekian.Wassalam.